Salam semua..
Selamat Tahun Baru..Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menghirup udara kurniaan Tuhan pada awal tahun 2010 ini. Bagaimana sambutan Tahun Baru anda? Seronok?
Bagi mereka yang mengikuti mana-mana tempat yang menyambut awal tahun 2010, mesti seronok melihat bunga api yang warna warni kan? Jom kita tengok kemeriahan sambutan Tahun 2010 di Seluruh Malaysia yer..
Antara perisitwa yang berlaku pada 1 Jan 2010 ialah :
- Kelahiran bayi 2010

Seramai 36 bayi tahun baru dilahirkan di 3 buah hospital di seluruh Lembah Klang iaitu 20 di Hospital Kuala Lumpur, 14 di Hospital Selayang dan 2 di Hospital Putrajaya. Di Kuantan, 4 bayi tahun baru 2010 termasuk seorang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
- Dr. Sheikh Muszaphar, Dr.Halina bertunang

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat mengikat pertunangan dengan Dr Halina Mohd Yunos di sini hari ini. Majlis pertunangan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, bermula pada pukul 4 petang itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat dan wakil media. Dr Sheikh Muszaphar, 37, segak berpakaian baju Melayu kelabu dan bersamping merah muda dan bersongkok dengan diiringi bapanya Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad.Sementara Dr Halina, 29, yang tampak manis berpakaian baju kurung moden merah muda diiringi bapanya Mohd Yunos Mohd Ali dan ibunya Habibah Endan. Dr Halina adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
- Gerhana Separa Bulan

Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam. Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak expo) ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, Pn. Azreena Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA), dan Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat. Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh, Taklimat Gerhana dari Sudut Sains dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana..Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media. Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bagi mermberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Masjid Negara.
Faktor cuaca yang berawan iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam 3:20 pagi hingga 5:30 pagi planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.
- Tok Mat Rahmat meninggal dunia
Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.
- Harga gula naik 20 sen

Harga runcit gula di pasaran tempatan dinaikkan 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom. Beliau berkata, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram.
“Kerajaan mengambil langkah itu berdasarkan faktor sosioekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia yang kini mencecah RM2.20 sekilogram berbanding RM1.35 sekilogram ketika kontrak jangka panjang bagi 2009-2011 ditandatangani dengan pembekal gula antarabangsa sebelum ini. Langkah itu juga bertujuan mengurangkan subsidi yang terlalu tinggi terpaksa dibayar kerajaan kepada pengilang gula setiap tahun bagi memastikan harga runcit bahan itu sentiasa stabil,” katanya pada sedia media di sini, semalam.
Haa..rasanya cukup la kot perkongsian peristiwa sepanjang 1 Jan 2010. Apa-apa pun semoga Tahun 2010 membawa 1001 makna kepada kita semua. Sama-samalah kita berdoa semoga dipermudahkan segala tugasan kita sepanjang tahun nie yer.. Dan jangan lupa, pasang Azam Tahun 2010 yer. Jangan setakat pasang jer.. Buat sampai dapat azam tersebut.
p/s : Patutlah pergi Tesco malam tadi tak ada gula. Rupa-rupanya mereka SOROK GULA yer..Nak tunggu harga naik 20 sen.. Ish3..
Related posts:







Comments