Salam semua..
Dah baca berita malam nie? Baru je sebentar tadi jam 0910PM dalam Utusan Online mengatakan bahawa Semua Pelajar IPT Rakyat Asing Perlu Pelajari Bahasa Melayu. Alhamdulillah..satu pendekatan yang baik bukan?
Jom kita baca serba sedikit berita tersebut :
PUTRAJAYA 5 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewajibkan kesemua 65,000 pelajar warga asing di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTA) di negara ini mengambil bahasa Melayu sebagai satu kursus pengajian.
Ini bagi memastikan mereka memahami dan budaya setempat serta mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa, kata menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini malam ini. – Utusan
Bagi saya, ini satu langkah yang baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di mata masyarakat asing yang datang untuk belajar di negara kita.
Kalau kita tengok senario pada hari ini, pelajar kita yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara perlu melalui proses Pra-Universiti dahulu sebelum terbang ke negara yang mereka ingin belajar. Tidak kira lah sama ada di UK, Perancis mahupun Ireland, mereka wajib menjalani “penyesuaian bahasa” dengan negara tersebut. Katakanlah mereka akan melanjutkan pelajaran ke Perancis, jadi setidak-tidaknya mereka perlu mendalami Bahasa Perancis dalam masa setahun. Ini bagi membolehkan mereka tidak terkejut atau mengalami masalah komunikasi di negara orang.
Kita berbalik kepada senario yang bakal berlaku di negara kita. Usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu kursus pengajian dilihat amat sesuai sekali dan selari dengan matlamat kementerian pelajaran iaitu MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA. MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS ( MBMMBI ). Setidak-tidaknya orang asing tidak berasa janggal apabila ingin berkomunikasi dengan rakyat Malaysia.
Dari sudut pandangan lain pula, saya melihat ianya dapat membantu warga asing untuk berkomunikasi dengan masyarakat kita seperti ingin bertanya arah ke sesuatu tempat mahupun ingin membeli-belah dimana-mana gerai jualan di negara kita. Teringat saya dengan iklan di TV,
“You go straight, don’t belok-belok”
Haha..lucukan iklan tersebut. Jangan sampai mat saleh tu balas dengan speaking malay dah la,
“Apa kamu cakap nie..Cakap elok-elok la” ( slang orang putih )
Malu orang kita nanti..Yelah, nak cakap pun bahasa rojak. Kejap bahasa melayu, kejap bahasa inggeris.
Berkaitan dengan budaya pula, saya berpendapat mudah bagi mereka jika ingin melancong di mana-mana kawasan dalam Malaysia ini. Yelah, kalau dah masuk kawasan kampung tu, tak la terbelit-belit lidah Tok Ketua nak menerangkan adat resam di kawasan kampung mereka.
Oleh itu, kita sebagai bangsa melayu nie seharusnya rasa bangga yang bahasa kita masih kekal hingga sekarang. Bak kata Hang Tuah,
“Tak kan Melayu hilang di dunia”
Mendalam sungguh kata-kata tersebut. Bukan sahaja merujuk kepada bangsa melayu malah pembawaan bangsa melayu itu sendiri ke mata masyarakat dunia termasuklah Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantara seharian kita.
P/S : Cintailah Bahasa Kita..Bahasa Jiwa Bangsa
No related posts.







Comments