Salam semua..

Wah…sudah 5 hari saya tak update cerita dalam blog kali ni. Huhu..tah kenapa sejak dua menjak nie rasa tak semangat jer. Hati teringin sangat nak update blog, tapi ianya tak sekuat mana, hanya sekadar menjenguk sahaja. Walau apa pun, hari ini, saya kuatkan juga semangat untuk menambah cerita terbaru buat pembaca setia Blog Jom Bersama Saya..

Saya agak terkejut sebenarnya apabila terbaca sebuah berita bertajuk “Bayi hancur dimakan biawak”. Ya Allah…kesiannya. Apalah dosa si bayi tu yer. Kejam betul ibu yang membuang anaknya macam tu ajer. Habis anaknya diratah biawak, yang tinggal hanya tangan sebelah kanan dan kepalanya sahaja. Ish…cukup ngeri. Kalau anda semua ingin melihat gambar tersebut, boleh tengok kat bawah nie..
Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.
INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.

Harap pihak berkuasa dapat mengesan siapakah identiti ibu tersebut yer…

Sumber : KOSMO

No related posts.