Salam semua..
Pernah tak anda menaiki komuter? Tak pernah? Huhu..Janganlah macam tu. At least anda mesti naik sekali untuk seumur hidup. Sayangla kalau anda tidak mengambil peluang mendapatkan pengalaman di dalam komuter.
Saya yakin, anda mesti ada pengalaman manis dan pengalaman pahit dalam komuter kan? Hehe..biasalah tu. Nama pun komuter, rasa lambat je perjalanannya kan? Kena pulak perjalanan sejam lebih. Mahu sakit punggung dibuatnya.
Oklah..Topik untuk hari ini adalah berkaitan dengan projek terbaru dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS). Mungkin ada diantara anda pernah mendengarnya dan mungkin belum lagi mendengarnya. Tak apa..saya akan citerkan serba sedikit fakta berkaitan dengan ETS nie yer..
Keretapi ETS dikatakan bakal beroperasi pada bulan April 2010 dan dijangka menerimanya dalam bulan ini(Disember). Apa yang menarik tentang Keretapi ETS ini ialah Keretapi ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat sebagai contoh Kuala Lumpur ke Ipoh hanya mengambil masa 1 jam 55 minit sahaja! Wah..menarik bukan? Kalau kita biasa naik kereta api lokomotif diesel pun mengambil masa 3 jam dan naik kereta lebih kurang 2 jam lebih inikan pula dengan Keretapi ETS yang tidak sampai 2 jam pun. Lepas nie orang Ipoh tak perlu risau la kan kalau nak ke Kuala Lumpur?
Untuk permulaan, Keretapi ETS hanya melibatkan perjalanan Ipoh-KL-Seremban dan bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar(Perlis) serta Seremban-Gemas pada tahun 2013. Selain itu, Keretapi ETS dikatakan mampu membawa penumpang dengan kelajuan 140 km/j..Fuuhh…Lajunya..
REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.
Keretapi ETS menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju. Menurut Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan,
“Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada.Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini.”
AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.
Sistem Keretapi ETS adalah dari Jepun manakala pembinaannya dilakukan di Korea Selatan. Sebagai permulaan, Keretapi ETS akan mula beroperasi setelah 5 buah Keretapi ETS sampai secara berperingkat-peringkat.
Keretapi ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.
GAMBAR ilustrasi menunjukkan rekaan dalaman ETS yang mesra pengguna termasuk golongan kurang upaya.
“Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Tambahan pula, untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti”
Alhamdulillah..Menarik bukan? Harap-harap dengan sistem berikut, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kemalangan yang tak diingini berlaku.
* Antara fakta menarik tentang Keretapi ETS :
- Kapasiti penumpang adalah 350 orang
- Penggunaan elektrik Keretapi ETS adalah 25 kilowatt
- Panjang landasan keretapi ETS adalah 700 kilometer.
- KTMB melaburkan sebanyak RM15.7 bilion untuk keseluruhan projek ETS.
SUMBER : Kosmo, Berita Harian(16/12/09)
No related posts.







Comments