Salam semua..

Anda semua mesti pernah dengar pepatah melayu, “malang tak berbau” kan? Itulah yang terjadi pada saya semalam. Ramai yang balik ke universiti masing-masing pada hari ahad lepas. Tapi disebabkan saya tiada kelas pada hari Isnin, saya ambil keputusan untuk balik pada hari Isnin. Time tu sangkaan saya, mesti tak banyak kereta.Yelah..masing-masing dah start kerja. Plan kali ini saya nak balik UPSI ikut laluan KL. Selalunya saya ikut laluan Shah Alam.

Tah kenapa perjalanan kali nie rasa lain macam je. Hujan turun dengan lebat sepanjang highway tersebut. Banyak kali saya berhenti di tepi highway untuk berteduh. Apa yang pasti, perjalanan kali ini seolah-olah membuatkan hati nie supaya cepat sampai. Kebiasaannya saya akan berhenti di tepi highway dan pakai baju hujan lengkap satu set. Buka kasut dan hanya pakai selipar sahaja. Senang..Tak la rasa stokin berendam dengan air.

Tapi semalam saya tak buat semua tu. Saya hanya tukar sweater kuning yang saya selalu pakai dengan baju hujan sahaja. Seluar saya pakai jeans hitam dan berkasut. Tidak seperti sebelum nie. Kali nie lebih rela basah seluar daripada basah badan. Huhu..

Dari KL sampailah ke Rawang hujan turun tak berhenti-henti. Tapi yang pelik, apabila lepas sahaja susur keluar Batangkali, kawasan kat situ panas. Tiada kesan langsung menunjukkan hujan dikawasan tersebut. Dalam hati bersyukur juga sebab tak bermandikan hujan lebat tadi. Saya meneruskan perjalanan seperti biasa. Terlihat di papan tanda sebelah highway “Tg Malim 29 km”..Tak jauh lagi nie.Lepas tu…Tiba-tiba, saya dah tak nampak apa-apa. Rasa macam mimpi jer..

Sedar-sedar saya menghala ke penghadang jalan sebelah kiri highway. Masa tu Allah sahaja yang tahu. Bayangkan anda bawa 100km/j dan menghala ke satu objek yang statik. Saya cuba elak..Tapi terasa tayar depan melanggar sesuatu. “Ya Allah..” sedar-sedar je motor saya dah jatuh. Tayar belakang cuba mendahului tayar depan. Seolah-olah sedang bermain drif di atas highway tersebut. Agak panik juga masa tu..

Saya terus tekan brek depan dan belakang, tapi tak berhasil. Tayar belakang yang laju tadi terus laju dan membuatkan motor berpusing 360 darjah. Kemudian, dengan momentum yang laju tadi membuatkan saya berpusing berguling-guling. Saya tak berani nak tahan kerana salah satu cara selamat adalah ikut sahaja pusingan badan. Kalau kita lawan, bermakna kita cuba menahan momentum pusingan tadi. Huhu..bahaya tu. (kalau tak caya cuba tengok orang lumba motor, dia orang jatuh mesti berguling-guling kan?)

Habis sahaja pusingan, saya sempat toleh ke kiri. Nampak jelas depan mata saya cermin pada helmet(wizer) terpelanting jauh masuk ke dalam longkang besar. Beg galas yang saya letak di raga motor pun turut sama terpelanting sambil diikuti oleh side miror sebelah kiri.

“Ya Allah..Laptop aku” Huhu..dalam beg galas tu ada laptop dan external hard disk 1Tb..Mahal tu..

Bukan itu jer, helmet yang saya pakai pun masuk sama ke dalam longkang. Ya Allah..nasib baik masa tu saya dah berhenti berpusing.Kalau tak, tahulah apa berlaku pada kepala saya.Saya cuba bangun..dan nampak sebuah jip polis lalu. “Tet..” Hampeh betul polis. Dia hon je..pastu blah macam tu. Bukan nak berhenti tanya ok ke tak. Masa tu tak tahu nak buat apa lagi. Jadi blur..1st time jatuh motor sebab kelalaian sendiri. Nasib baik sebelum hujan tu saya sempat simpan handphone ke dalam beg galas tadi. Saya terus ke beg galas dan telefon along. Sebab along je yang paling dekat dengan area kat situ.

Tuutt..Tuutt..

“Along..ko kat mana?”

“Aku kat office, kenapa?”

“Aku jatuh motor…”

dan banyak lagi yang along tanya..along pun bergegas datang ke sini setelah saya berikan maklumat tempat kejadian tadi.Kebetulan tak jauh dari situ ada menara pemerhati polis. Nasib baik la ada tempat berteduh. Cuaca pulak semakin mendung..ada tanda-tanda nak hujan pulak kat kawasan tadi. Saya tengok tempat yang luka..Habis seluar jeans saya koyak. Nampak jelas isi kat lutut sebelah kiri saya. Siku kiri dan tangan kanan saya turut luka. Pedih rasanya..Huhu..

Lepas tu, saya telefon abah dan mak saya..Bagitahu apa yang berlaku. Abah kata nak datang, bawak sekali rim motor. Huhu..rim motor yang excident tadi kemik depan belakang.

Tunggu…Tunggu..dan tunggu lagi..akhirnya along pun datang.Nasib baik la along bawak roti dan air. Memang tengah lapar giler masa tu. Apabila tengok balik motor yang excident tadi, saya masih tertanya-tanya macam mana rim boleh kemik? Puas saya mengingat..Sebab masa tu tak ingat langsung apa yang saya langgar. Lama lepas tu baru teringat yang masa saya nak elak penghadang jalan, tayar depan saya langgar longkang kecil kat tepi penghadang jalan tadi. Memang teruk..agaknya motor tu pun suruh tukar rim agaknya. Sebab rim belakang motor tu pun dah “gelong”. Huhu..

Tak lama lepas tu, hujan turun dengan lebat sangat. Habis basah..menggigil la jugak. Tangan rasa pedih sangat sebab luka kena air hujan. Kemudian, abah dengan mak pun sampai. Kesian tengok mak, muka risau melihat anaknya yang jatuh motor. Abah bawak keluar 2 rim lidi yang ada kat rumah dan pasang terus pada motor yang jatuh tadi. Lama la jugak nak tukar kedua-dua rim depan dan belakang.

Selesai je pasang rim, saya cuba start enjin. Alhamdulillah..boleh bergerak. Saya naik dan teruskan perjalanan ke Tg Malim. Mak, abah dengan along follow dari belakang. Rasa lain sikit nak bawak sebab tanpa wizer.Air hujan renyai-renyai asyik kena muka jer..

Tiba je di Tg Malim, saya terus ke klinik dan sapu ubat apa yang patut.Huhu..pedih..sakit..Tak pasal-pasal kena injek kat lengan kanan.Malam pulak susah nak tidur sebab lengan rasa bengkak. Biasanya saya tidur mengereng sebelah kanan, tapi kali nie tak boleh sebab sakit. Saya cuba mengereng ke kiri sedikit dan akhirnya selesa rasanya. Bilik pulak rasa panas je, walaupun dah pasang kelajuan kipas ke nombor 5. Bahang..bahang..

Huhu..kawan2, itulah serba sedikit kisah tak terduga berlaku pada diri saya nie.Nasihat saya kepada yang lain, kalau letih @ mengantuk, berhenti dan berehat lah seketika. Kadang-kadang kita rasa kita mampu tahan mengantuk, tapi nikmat terlelap tu kejap je..kita sendiri tak kan sedar.

Namun saya bersyukur sebab sempat celik mata sebelum berlanggar dengan panghadang jalan. Macam mana lah agaknya kalau saya langgar semasa pejam mata? Paling tidak mesti hancur bahagian depan motor. Syukur juga kerana saya tidak patah-patah sama ada tangan atau kaki. Walaupun luka sikit, saya tetap anggap itu sebagai hikmah. Kerana apa yang berlaku pada diri kita sebenarnya ada hikmat disebaliknya..Cuma kita sendiri yang sedar atau tidak kewujudan hikmah tersebut.

Rupa motor selepas excident. Habis bengkok rim..

Luka di tangan

Luka di kaki

Rosak bucu laptop.Nasib baik fungsinya masih baik.

Tempat kejadian di KM 424.3

Lihatlah kesan motor saya berpusing

Lihatlah betapa jauhnya longkang yang saya langgar ke tempat motor berhenti pusing.

P/s : Kalau anda semua ada pengalaman excident, meh la berkongsi dengan saya yer..

No related posts.