Salam semua..
Seperti semua sedia maklum, sejak akhir-akhir ini timbul isu penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian. Lantas dengan itu, lebih banyak gereja yang dibakar. Dan negara semakin tidak aman. Sana sini memperkatakan isu yang sama. Adakah peristiwa 13 Mei akan kembali semula? Wallahualam..
Kalau dulu orang perkatakan isu ISA. Mansuhkan ISA. Tapi dengan isu hari nie, orang yang lantang berkata-kata MANSUHKAN ISA sendiri meminta pihak kerajaan menggunakan ISA terhadap mereka yang terlibat dengan pembakaran di gereja. Manusia nie memang mudah lupa. Tak kiralah Melayu ke..India ke..Cina ke..Semua sama, MUDAH LUPA. Sejarah telah membuktikan bahawa dengan ISA kita kembali aman. Walaupun ada yang mengatakan undang-undang dalam ISA tidak relevan, tapi perlu ke semuanya sekali perlu dimansuhkan? THINK POSITIVE !! Maybe ada kelemahan dalam ISA, tapi itu tidak semesti perlu menghapuskan semuanya demi kepentingan diri masing-masing. Yang mana ada “lubang-lubang” tu, perlulah di tampal semula. Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.
Oklah.. Topik hari ini bukanlah nak menceritakan siapa yang terlibat dalam pembakaran gereja tersebut mahupun isu ISA tetapi ingin berkongsi dengan anda contoh penyalahgunaan kalimah Allah yang diaplikasikan sendiri oleh penyanyi Indonesia iaitu Agnes Monica. Cuba perhatikan betul-betul lirik lagu dibawah nie..
Allah Yesus ku?
Masya Allah… Macam manalah orang Islam di Malaysia tidak marah apabila orang yang tidak sepatutnya, menggunakan kalimah Allah dengan sesuka hati. Isu ini juga turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS juga mahu mengambil tindakan terhadap artis ini seterusnya mengharamkan lagu tersebut. Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.
“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” kata Datuk Mohamad Adzib.
Itu baru satu, malah masih banyak lagi penyalahgunakan kalimah Allah sama ada dalam lirik lagu, surat khabar, internet dan sebagainya.
Harapan saya agar pihak kerajaan terus memainkan peranan dalam memelihara kesucian agama islam terutamanya penggunaan kalimah Allah agar tidak wujud lagi kekeliruan dalam masyarakat kita siapa itu Allah. Allah itu Esa dan tidak layak digunapakai oleh masyarakat lain selain Islam.
Insya-Allah, selagi kita ada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kesucian agama islam akan dipelihara. Sama-samalah kita berganding bahu menyokong penuh titah baginda untuk memelihara agama islam seterusnya menjaga keamanan negara.
No related posts.







Comments