Salam semua..
Mesti anda semua sudah mendengar berita kemalangan bas ekspress milik Syarikat Sani Express hari ini bukan? Sungguh menyayat hati bagi mereka yang mendengarnya. Menurut sumber Berita Harian yang saya baca awal pagi ini, seramai 10 orang maut dan 3 orang cedera dalam kemalangan tersebut.
Antara mereka yang terbunuh dalam kemalangan tersebut adalah :
Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor
Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah
Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis
Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah
Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.
Inna lilah wa inna ilayhi roji’uun..
Maha suci Allah.. Sesungguhnya kematian mereka telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sama-samalah kita hadiahkan Al Fatihah kepada mereka yer..

Wahai pembaca sekalian, apa pendapat anda tentang kejadian kemalangan ini?
Menurut seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut. Katanya lagi,
“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri…kanan sebelum kejadian.”
Masihkah anda ingat lagi tentang kemalangan yang berlaku pada saya? ( Malang Tak Berbau )
Puncanya adalah sama iaitu mengantuk ketika memandu. Fenomena mengantuk nie sangat luas, ada orang mudah mengantuk pada waktu malam dan ada pula pada waktu siang. Namun, sebab-sebab mengantuk juga boleh jadi seseorang itu tidak cukup tidur,badan terlalu letih, makan banyak dan tidur berlebihan( Huhu..tidur berlebihan pun boleh menyebabkan ngantuk? ).
Menurut pandangan dari sudut sains pula, faktor mengantuk adalah disebabkan oleh otak kita kekurangan oksigen. Seperti mana yang kita tahu, oksigen amat penting dalam sistem badan kita. Setiap sel dalam badan kita amat memerlukan oksigen termasuklah sel otak kita untuk terus hidup. Jadi, apabila kapasiti oksigen yang diperlukan oleh otak kurang dari tahap minimum, maka ianya tidak mampu berfungsi 100% dan menyebabkan diri kita dalam keadaan separuh sedar.
Hohoho..dah masuk bab sains lah pulak. Ok2.. Bagi koranglah kan, adakah pemandu bas tersebut harus dipersalahkan 100%?
Ya atau Tidak?
Of Course lah YA kan? Kecuaian pemandu menyebabkan ramai orang tak bersalah terkorban. Kalau anda dengar dalam berita TV3 malam tadi ( 26 Dis Malam ), hampir 15 minit sahaja menceritakan berita tentang kemalangan bas express tersebut. Daripada gambar kemalangan tersebut, jenazah dan last sekali siapa yang harus dipersalahkan?
Nak kata pemandu tu mabuk, tak pulak..ujian yang dijalankan padanya adalah Negatif. Memang tak mustahil sebenarnya pemandu tersebut akan rasa mengantuk kerana kejadian kemalangan itu berlaku pada pukul 1 pagi. Majoriti orang akan mula rasa mengantuk apabila lepas jam 12 malam. Setuju tak? ( kecuali la kalau korang nie jenis Burung Hantu..Hahaha )..
Ada pula yang mengatakan pemandu tersebut memandu laju. Tetapi hal ini dibangkang oleh syarikat milik bas tersebut dengan menyatakan bahawa bas tersebut dalam berkeadaan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 kilometer sejam dengan menggunakan alat khas ‘speed limiter’. Manakala siasatan juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelum kemalangan adalah 91 km sejam. Erm..boleh caya ke tentang ‘speed limiter’ tersebut?
Seumur hidup sayalah, biasanya kalau saya drive kereta kat highway menggunakan lorong tengah, saya maintain dalam 110 km/j – 120 km/j. Lepas tu, tiba-tiba je saya rasa objek besar kat belakang kereta. Apabila saya jenguk pada cermin pandang belakang, tu dia.. bas rupanya! Siap main lampu lagi suruh saya ke tepi. Amboi-amboi..Itu belum kes pemandu bas yang berlumba-lumba atas highway. Jadi, kat mana fungsi ‘speed limiter’ tersebut?
Ada lagi satu keluhan dari keluarga mangsa kemalangan, menurut beliau penumpang dalam bas biasanya takut dan segan untuk menegur. Mereka tahu pemandu bas tersebut memandu laju tapi mereka takut nak menegur. Yang lebih teruk lagi mereka yang malas nak ambil tahu tentang kelajuan bas tersebut.
“Ah..lantak la..janji bas nie cepat sampai. Daripada aku pening-pening nak fikir, baik aku tidur..sejuk pulak tu”
Haa.. anda mesti pernah jadi macam tu kan? Tipulah kalau tak. Paling tak pun, pernah ke anda tegur pemandu bas tersebut?
“Pakcik..jangan bawak laju sangat yer..Nanti bas goyang-goyang..Rasa nak muntah nanti..”
Amacam? Ada berani cakap macam tu?
Majoriti pemandu bas garang-garang belaka. Tak caya tengok kat stesen pudu tu. Itu belum termasuk muka kerek semacam je.. So, moral story kat sini, anda semua kena lah ada tanggungjawab pada diri sendiri. Tegur si pemandu tu kalau dia bawak laju sangat. Kalau pemandu tu melawan, korang ambil je nombor plat bas tu. Pergi report kat syarikat milik bas tersebut. Kalau memang jenis penakut sangat, korang buat sahaja aduan ke LPKP (LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN ) bagitahu dimana lokasi korang pada masa tersebut. Nak tahu macam mana nak buat aduan? Ambil maklumat kat bawah nie.. :
i) emel : aduan@lpkp.gov.my
ii) laman web : www.lpkp.gov.my
iii) surat / faks : 03-88805621
iv) talian telefon : 03-88805872 / 03-88805531 / 03-88805883 / 03-88805540
SUMBER : Sistem Aduan LPKP
Dah dapat? Jangan tengok je..simpan dalam hand phone korang. Sangat berguna pada masa akan datang.
Gambar-gambar kemalangan Bas Express :
Ok..dari tadi kita asyik bercerita dari pandangan kita terhadap pemandu bas express. Bagaimana pula kalau orang tersebut adalah dalam kalangan ahli keluarga kita? Mungkin ayah kita? Mungkin sedara-mara kita? Jadi apa reaksi anda apabila anda dapat tahu bahawa berita sensasi malam tadi dan telah menyebabkan 10 orang meninggal dunia itu disebabkan oleh ahli keluarga kita sendiri? Sanggup ke anda back up orang tersebut? Yang mana anda perlu utamakan? Keluarga atau Pandangan Masyarakat? Bukan senang tau nak back up insan yang telah dicop “punca kematian” dalam kemalangan tersebut..
Apa-apa pun..tinggalkan reaksi anda pada komen dibawah nie yer.. (^_^)
No related posts.







Comments