Salam semua..

Dunia sekarang nie macam-macam kejadian aneh yang berlaku. Terbaru yang saya baca ‘Isteri sakit: Pak Su gian peluk, cium janda’.Alahai Pak Su, kenapa lah jadi begini..

Berita ini saya dapat daripada Kosmo. Ianya berlaku di Kuala Terengganu. Jom baca sikit apa citer si Pak Su nie dah buat?

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun melepaskan gian ketika isterinya sakit dengan memeluk dan meraba seorang janda di Kampung Bukit Perpat, Ajil di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, janda berusia 51 tahun dan mempunyai sembilan anak itu dalam perjalanan ke kebun getah tidak jauh dari rumahnya. “Setiba di kebun getah, janda itu terserempak dengan lelaki yang dipanggilnya sebagai Pak Su. “Pak Su didakwa terus memeluk dan meraba mangsa selain mencium leher dan menyelak baju mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Fauzi Abduri di sini semalam.Menurut beliau, mangsa dapat melepaskan diri selepas menyepak kemaluan Pak Su dan melarikan diri ke sebuah kedai berhampiran. Katanya, polis yang menerima laporan mangsa telah menahan suspek yang juga merupakan jiran mangsa di rumahnya pada pukul 9.45 malam kelmarin.

Huhu..isteri sakit kat rumah, si suami pulak menggatal dengan orang lain. Kesian si mangsa, menjadi sasaran lepasan nafsu Pak Su. Mungkin dah gersang sangat kot orang tua nie. Si janda pun dia nak kebas. Dah ada 9 orang anak pulak tu.

Kepada Pak Su, buat-buat la bertaubat yer..Rumah kata pergi, kubur kata mari..

No related posts.