Alhamdulillah..penantian demi penantian, akhirnya Laman Web Syurgawanita.com menjadi pilihan Niagakit V2. Anda pernah dengar Niagakit? Niagakit merupakan satu platform untuk peniaga terutamanya peniaga yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet. Ramai antara kita berminat nak berniaga, tapi tak tahu nak berniaga apa. Huhu..itu saya tak dapat nak tolong. So far, anda kenalah rajin buat research kat mana nak cari produk dan pandai buat pilihan.
Taip je perkataan “pemborong” dan carilah mengikut barangan yang anda ingin jual. Tapi yang ini untuk produk fizikal tau, bukannya produk digital seperti Ebook dan sebagainya. Bab produk digital nie, saya kurang arif sikit. Masih belum pakar lagi dalam bab nie. Ada antara peniaga yang berniaga bermula dengan blog percuma, seperti menggunakan blogspot atau wordpress. Yup..saya tak salahkan mereka. Terpulang pada masing-masing apakah medium yang anda ingin gunakan bagi mempromosikan barangan yang anda ingin jual. Hakikatnya, Blog juga penting dan ada potensi untuk menjual pada pelanggan. Tapi bagi saya, saya lebih kepada rupa bentuk dan 1st impression orang apabila datang ke web jualan kita. Bukan nak kata apa, ada sesetengah blog memang dah bagus barangannya, tapi BERSERABUT. Penuh dengan iklan dan banner exchange dari kawan2 yang lain. Dan kadangkala tema yang mereka gunakan tidak sesuai dengan produk yang ingin mereka jual. Huhu…
Baiklah, kita berbalik kepada Niagakit V2. Saya mula tergoda dengan Niagakit pada awal-awal pelancarannya. Memang kata orang cair lah hati nie. Mudah dan kemas. Semuanya dah siap. Tak perlu nak pening-pening kepala. Tapi, dalam kelebihan tersebut masih ada kekurangan baik pada Niagakit tersebut dan diri saya sendiri. So far Niagakit sebelum ini menggunakan platform Wordpress. Yup, memang mudah nak dapatkan dari internet. Tapi ada beberapa plug in yang berbayar dan kat situlah kelebihan Niagakit berbanding mana-mana wordpress e commerce percuma. Namun hakikatnya, saya sendiri tidak pernah guna wordpress sebelum nie. Huhu..itulah masalah paling besar dalam diri saya dalam mengendalikan Niagakit pada masa itu. Actually, senang je..Tapi kalau dah 1st time, faham-faham jelah kan. Ini tak tahu..Itu tak tahu..Last-last frust tertonggeng. Huhu.. Kemudian, saya agak simpati kerana ruangan forum yang disediakan oleh Team Flarebiz penuh dengan persoalan yang berkaitan dengan Niagakit pada masa itu. Jenguh mereka nak jawab. Kalau saya lah..Fuuhh..Pening kepala. Tapi mereka bagus, bagi respond pada pelanggan sebaik mungkin.
Saya terpaksa membiarkan Niagakit saya “tergantung” seketika kerana produk yang saya ingin jual mendapat respond yang amat teruk dari pembekal. Tension betul..Orang tanya baik-baik, dia boleh jawab nak tak nak je. Dia tak tahu kita nie nak beli barangan dia dengan kuantiti yang banyak. Kan dah rugi !! Pantang saya kalau orang perlekehkan saya sedangkan saya berhajat nak beli barangan dia dengan kuantiti yang banyak. Paling tidak pun, saya akan jadi regular customer dia. Setiap minggu pasti saya akan buat dia tak senang duduk nak siapkan tempahan saya. Tapi tu lah.. Jangan pandang orang dari segi luaran je..Huh !!
Opss..TerEMO la pulak. Dah-dah..abaikan je. Hari demi hari hinggalah berbulan-bulan, akhirnya saya dapat kuasai wordpress. Ianya bermula apabila saya bertukar laman Blog dari din3187.blogspot kepada din3187.com. Di sinilah saya mula belajar apakah kelebihan wordpress. Secara tak langsung, saya teringat kembali laman web Niagakit saya sebelum ini. Saya godek-godek bahagian Admin dan akhirnya saya cuba buat sendiri dengan menggunakan Wordpress E Commerce percuma di internet. Dari situ lah saya dapat tahu ada beberapa plug in yang digunakan oleh Team Flarebiz adalah plug in berbayar. Huhu..tak mampu saya beli. Namun, saya bersyukur kerana saya masih mampu membuat jualan melalui laman web yang saya buat sendiri.
Tidak lama selepas itu, saya cuba menghubungi Adly(salah seorang Team Flarebiz) dan bertanyakan tentang Niagakit V2. Alhamdulillah, respond dari Adly membuatkan saya bersemangat untuk menggunakan Niagakit yang baru nie. Memang rasa tak sabar sebab Niagakit V2 lebih banyak perbezaaan dengan Niagakit V1. Susun aturnya yang kemas dan mudah untuk pembeli melihat membuatkan saya tertarik lebih-lebih lagi ianya nampak professional. Macam-macam theme yang saya gunakan namun masih belum menyerlah hinggalah sampai satu tahap, si Zafran mencabar saya menggunakan Theme berwarna pink. WHAT ! PINK !!…Aarrgghh…saya benci PINK !! Tapi demi memenuhi citarasa wanita, saya menyahut cabaran ini. Dan hasilnya ramai yang puji..Hehe..Trima kasih yer…Yang tak tahannya, ada ke patut mereka ingat owner Syurgawanita.com ni pempuan. Ceh..penat-penat je saya masukan gambar dalam ABOUT, siap posing lagi tu..
Selepas siap semuanya, tanggal 14 Oktober ( tarikh bermakna nie ) saya mula hebahkan kewujudan Syurgawanita.com pada orang ramai. Target utama saya masa tu adalah student perempuan di UPSI. Hehe..jangan terkejut, 1st day sahaja saya promote, saya dah dapat tempahan 8 selendang !! Memang teruja sangat masa tu. Sejak pada tu saya yakin Syurgawanita.com boleh pergi jauh setanding dengan website E commerce yang lain. Lastly, terima kasih kepada Team Flarebiz kerana memilih Syurgawanita.com sebagai Niagakit V2 contoh untuk dipaparkan pada halaman niagakit.com. Sejak launch sahaja laman web Niagakit.com, ramai bakal pembeli yang mengunjungi Syurgawanita.com dan bertanya pada saya apa kelebihan web nie. Disamping itu juga, saya terus mempromosikan Niagakit V2 pada mereka kerana bagi saya memang berbaloi mereka memilikinya kerana Niagakit V2 adalah lebih baik dari Niagkit V1. Percayalah, anda tak rugi membeli Niagakit V2 kali nie. Jangan tunggu Niagakit V3 pulak, takut makin mahal..hehe..
Haa..kalau korang belum tengok lagi laman web niagakit, meh klik kat sini –> Niagakit.com
Anda juga boleh request demo laman web niagakit nie pada Team Flarebiz. Pandai-pandailah anda godek bahagian Admin tersebut yer..Kat laman web tersebut ada menceritakan kelebihan yang ada pada Niagakit V2..
Selamat Membaca..
No related posts.







0 Users Commented Inside
Comment RSSTrackback URI
1 Pingback & Trackback On This Post
Tweets that mention Tahniah..Syurgawanita.com Menjadi Contoh Terbaik Niagakit V2 ! | Jom Bersama Saya -- Topsy.com - #
Leave Comments