Skip to content

Salam semua..

Semalam merupakan hari pertama promosi Kempen Derma Darah di UPSI bertempat di Atrium Canselori, Bangunan Canselori.Sebenarnya saya dah perasan promosi dia orang nie melalui banner yang digantung sekeliling UPSI. Entah kenapa, tiba-tiba dalam hati nie tergerak untuk mendermakan darah.

Salam semua..

Huhu..Hari-hari saya bukak laman blog saya, tapi entah kenapa tak de feel nak menulis. Mungkin banyak sangat problem yang berlaku sejak akhir-akhir nie. tambah pulak dengan istilah yang baru ” 2 dalam 1″. Ohh tidak..rasa menyesal pun ada. Huhu..Tak pelah, hari ni saya masih diberi kekuatan untuk menyambung cerita sebelum ini. Banyak betul cerita yang dah tertangguh nie..Maaf yer kawan-kawan..

Salam semua..

Adeiyh….penatnya hari nie. Asyik ulang alik je ke fakulti. Banyak betul urusan bila nak add subject. Huhu.. Tak pe-tak pe, hari nie saya nak sambung sikit cerita semasa Hari Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES di UTM,Skudai.Kalau sebelum nie saya bercerita aktivti sepanjang 2 minggu sebelum hari sebenar, sekarang nie saya sambung semula cerita hari tu yer..

Salam semua..

Sori sangat2 sebab tak dapat nak update blog nie selama seminggu. Buat pengetahuan semua, saya baru balik dari bercuti di Sabah pada hari Sabtu lepas ( 4 julai 2009 ) dan sekarang nie dah masuk UPSI semula. Kejap je rasanya dapat bercuti kat rumah. nangih

Salam semua..

Hah..Hari ni saya nak sambung balik cerita semasa latihan di UTM,Skudai. Selepas sahaja balik dari latihan menembak di Gurun,Kedah. Semua senior tidak dibenarkan balik ke kampung masing-masing. Almaklumlah, masa tu ada lagi 5 hari sebelum persiapan ke UTM,Skudai. Habis plan saya, ingatkan nak balik kejap sebelum ke UTM,Skudai. Tapi masa tu lebih banyak kepada hal-hal pentadbiran dan juga kawad pada sebelah pagi dan malamnya. Nak tak nak kenalah ikut arahan. Bak kata pepatah, “Saya menurut perintah”.

Salam semua..

Baiklah..seperti mana yang telah saya janjikan, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian kisah perjuangan diriku selama sebulan sebelum ditauliahkan sebagai leftenan muda dalam askar wataniah.Pada 19 Mei 2009, kami sebagai main body palapes UPSI bergerak ke Gurun, Kedah. Sebelum tu, pada 18 Mei 2009, pasukan pendahulu telah bergerak lebih awal sehari untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di sana. Inilah latihan menembak kali terakhir bagi saya sebagai pegawai kadet dalam palapes upsi ni.

Salam semua..

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan kenapa saya pilih tema blog saya “Jom Bersama Saya”?.Sebenarnya tema ini amat bermakna dan memberi pelbagai maksud yang universal. Namun secara objektifnya, saya ingin mengajak para pembaca blog saya supaya bersama-sama dalam berkongsi pelbagai info dan maklumat yang meluas dalam dunia internet pada masa kini. Walaupun hari-hari kita mengadap laptop tapi tidak semestinya kita mengetahui apa yang berlaku setiap hari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Alhamdulillah, setelah sekian lama niat untuk membina blog sendiri akhirnya tercapai juga. Jadi pada hari ini ( Jumaat, 26 Jun 2009 ), maka secara rasminya saya membuka tirai blog saya iaitu blog bertemakan “Jom Bersama Saya”. continue reading…