Salam semua..
Waah..lamanya tak update blog..Kenapa mendiamkan diri nie? Haha..saya tak mendiamkan diri la..Cuma sekarang nie agak busy dengan tugasan di sekolah. Opss.. Lupa citer pada anda semua. Saya sekarang nie sedang berpraktikal di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu..Panjang betul nama sekolah tu kan?
Alhamdulillah..sekarang nie dah masuk minggu ke 4 saya di sekolah nie. Tanggal 18 Jan merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki secara rasmi di sekolah tersebut. Mula-mula memang berhajat nak datang awal, iaitu pada hari Jumaat ( 15 Jan 2010 ). Agak terkejut masa tu..Yela, nama pun sekolah agama kan. Siap pakai tudung labuh masa berpakaian sukan.
Hari pertama ( 18 Jan 2010 ), masih rasa segan..Yelah, tak biasa lagi dengan suasana di sekolah tersebut. Datang je awal pagi tu, terus ke pejabat menunggu pengetua. Tapi pengetua tiada masa tu dan semua guru dan pelajar ke dewan untuk acara perhimpunan rasmi setiap minggu. Dalam acara perhimpunan itu juga, kami sebagai guru pelatih dijemput untuk memperkenalkan diri masing-masing.Haha..memang gugup masa nie..Dah lama tak bercakap dengan menggunakan Mic..Guru pelatih dari UPSI adalah seramai 8 orang. 3 guru lelaki dan 5 guru perempuan. Kalau ikut pengkhususan pula, 4 Matematik, 2 sains dan 2 Bahasa Inggeris..
Ok, kita sambung citer tadi..Tak lama lepas tu, dapat pulak kami gelaran Ustaz..Huhu..Layak ker? ( Teringat masa Form 3 dulu2, cikgu Nor Indah selalu panggil ustaz ) .. (^_^) Di sekolah nie semua guru lelaki dipanggil ustaz manakala guru perempuan dipanggil ustazah.Walaupun antara mereka memang betul-betul ustaz dan ustazah, tapi bila pelajar panggil kami dengan gelaran tersebut, rasa janggal pula..Huhu..
Kami buat Racangan Orientasi Sekolah(ROS) selama 2 minggu..Masa nie lebih banyak duduk di Markas.Haha..apa benda markas tu? Markas tu samalah dengan bilik guru kami. Hanya gelaran je bagi guru pelatih lelaki. Di sini bilik guru lelaki dan perempuan diasingkan. so, bilik guru lelaki kecik je.. dan boleh dikatakan tiada meja kosong untuk kami berlapan. So, kami pun ditempatkan di dalam sebuah bilik hujung dalam library. Ok la kan? Daripada tak de langsung. Muatlah kami berlapan dalam bilik tu. Siap ada air cond lagi..
Sepanjang 2 minggu ROs dan 1 minggu pengajaran, banyak ilmu yang saya sempat pelajari dari guru-guru lama dan juga mengenal pasti perangai budak-budak zaman sekarang. Saya ditugaskan untuk mengajar Matematik bagi Tingkatan 1 Arif dan Tingkatan 1 Dedikasi. Kedua-duanya sangat berbeza.. Kelas A lebih banyak mendiamkan diri apabila saya mengajar berbanding kelas D. Pada hal saya telah gunakan kaedah yang sama bagi kedua-dua kelas tersebut. Aktiviti pun dah cukup cantik.. Tapi tu lah, mungkin kena perbaiki lagi.
Salah satu faktor yang saya nampak adalah kelas tengah hari yang agak memenatkan pelajar. Ditambah pula dengan subjek Sejarah sebelum tu.Huhu..Kalau kelas D, semua nak bercakap..sampaikan saya sendiri tak diberi peluang.Haha..pernah lah jugak tinggikan suara. Diam semua..Tapi lepas tu, minta maaflah balik kot-kot ada yang terasa. Tapi itu baru 10% tinggi kan suara. Kalau boleh tak nak marah-marah mereka. Silap hari bulan, ada yang menangis..Huhu..
Jadi, kat sini saya himpunkan antara kisah-kisah dan gambar menarik sepanjang 4 minggu saya di sini..
Pelajar : “Ustaz..apa status ustaz?”
Saya : “Status?..Ok..Ustaz masih belum dikahwini..Hahaha..”
Pelajar : “Ustaz..ustaz nie garang ker? Nampak serius je..”
Saya : “Yeker?..Tak kenal lagi kot..”
(waktu nie tengah intro bab pecahan dengan menunjukkan gambar pizza)
Pelajar : “Ustaz..kita nak belajar makanan ke hari nie ustaz”
Saya : ” Haha…tak la.Ustaz tahulah kamu semua dah lapar.Hari nie kita nak belajar tentang pecahan”
Kenangan bersama Team Nasyid sekolah di Darul Quran





Hari Sukan Tara
p/s : Gambar-gambar yang lain akan dimasukkan dari semasa ke semasa..
No related posts.












Comments