Salam semua….
Info hari ini agak menarik kerana 1st time saya mendengar tentang Rokok Elektronik. Anda pernah dengar? Macam-macam teknologi pada masa kini sehinggakan rokok pun dah di”elektronik”kan. Tapi buat penagih tegar rokok, agak-agak mereka “feel” tak hisap rokok nie? Hehe..saya pun tak tahu nak jawab, sebab saya bukan perokok..
Kalaulah seseorang dah merokok, apa halangan sekalipun mereka tidak akan lupakan bahan itu. Keluar fakta yang mengatakan rokok itu bahaya, rokok naik harga pun, mereka tidak akan berhenti dengan mudah. Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, juga membahayakan orang sekelilingnya yang menghidu asap rokok terbabit. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan. Racun yang paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Nasib baik saya tidak terjebak dengan kegiatan ini..
Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser..
Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik..

Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?.
Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan..
Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap..
Ini alat giler canggih, tentu harganya agak mahal. Jika betul-betul ingin berhenti merokok, anda boleh mencari panduan untuk berhenti merokok. Klik pada banner bawah nie yer…
No related posts.







26 Users Commented Inside
Comment RSSTrackback URI
x sangka ada juga rokok moden ni
tp ..
ssh nk tkr habit perokok ni
[Reply]
Ini betul2 superb! Hahahaha… aku tak baca abes lagi. Tapi memang seronok jg. Nak sambung.. nak sambung…
Joe´s last blog ..Anda Bukan Sesiapa Tanpanya
[Reply]
hehehe..ade gak ke rokok elektronik?cam xpercaya lak pakcik..hahahahah!
[Reply]
hm…leh jadi ketagih x rokok elektronikni?
Liyana´s last blog ..Kagum dengan dia~
[Reply]
wah..teknologi smakin maju lah.
rokok pon dh ade charger..hihi.
[Reply]
wah, ade kt mesia x? aku nk beli kat bapak aku lah!!
[Reply]
cara yang baik untuk mengurangkan aktiviti merokok, tapi yang perokok kat malaysia nih boleh ke tak? mereka biasanya nak feel yang original..lagi2 kalau rokok ini mahal..lol
Hong Chern Wern´s last blog ..LIONs, TIGERs, HIPPOs, TIMONs
[Reply]
hehe…menarik bukan? tentang ketagih tu tak pasti la pulak…maybe lagi “up” kot..sebab dibantu dengan kuasa bateri.
ini maklumat tambahan yang saya dapat :
Price per starter kit = RM380
Consist of 4 nicotine cartridges
2 rechargeable batteries
Comes with Warranty 3 months
1 nicotine cartridge = 40 cigarette sticks
1 nicotine cartridge = RM14
macam mana? Jimat ker?
[Reply]
em..boleh kah rokok elektronik ni bertahan? perokok biasanya nak feel masa merokok.. nak hembus asap.. kawan aku ckp tak best pun isap okok kalau tak nampak asap.. apatah lg rokok yg mmg tak keluarkan asap..
mello´s last blog ..Jatuh hati kepada kawan baik?
[Reply]
Huhuhuhu.. mmg menarik… harap2 benda ni boleh bantu laaa berhenti.. Tp bila fikir sgt x berapa membantu… sbb kita x rasa lagi… dah tu biasa iklan selalu nmpk menarik… promosi laa katakan… dah tu mmg mahal… rokok sebenar mesti ada asap… klu nk selamat rokok daun yg guna tembakau sendiri.. xda campur bahan kimia…
[Reply]
tok sdre wa penah beli mnde nie…
tp dia ckp xbest…ntah la..wa non-smoking..(.>,<)
seKut taWar´s last blog ..teruSik
[Reply]
din3187 Reply:
November 12th, 2009 at 1:44 pm
hehe…dia nak yang asli la tu..yela..bertahun-tahun dengan yang asli..bila yang baru mesti rasa lain..ye tak?
[Reply]
baguslah tu jadi kerajaan tak payah susah2 belanja banyak duit nak ubati para penghidap kanser akibat rokok. tp original ke rasanya.
seri´s last blog ..Kurik Kundi Merah Saga (Adat)
[Reply]
zaman sekarang dah makin maju.smpai rokok eletronik pun ada yep.huhu.

asal xcariik skali harga?boleh save2 budget nk beli bg hadiah kt ayah or bf.ekeke
julietANNA´s last blog ..Lomography anyone?
[Reply]
Huh, gempak la…. tapi aku tak hisap rokok…hehehe..
sib baik..haha
[Reply]
eh,eh! canggihnye~
inn baru tau ade rokok jenis elektronik ni ea…
rokok elektronik ni bahaya x?
innzchubby´s last blog ..FAILURE…..
[Reply]
woahh… ada gak yer rokok mcm nie… bagus la tu tak kuar asap.. at least tak bahaya kan org sekeliling…. tapi kan ntah2 rokok jenis lagi membahayakan kesihatan dr rokok yg berasap.. hoho
zhoe wynz´s last blog ..(????) Mahkota Wanita
[Reply]
effect dye cm rokok ori ta??
[Reply]
sini ada web yang jual kat malaysia.
http://1ecig.co.cc
[Reply]
din3187 Reply:
November 13th, 2009 at 11:27 pm
menarik…haa..kepada mereka yang nak try rokok nie..leh la dapatkan dari laman web http://1ecig.co.cc/
[Reply]
kayak apa ya ….rasanya ?..pingin ngetes hehe…..
budi´s last blog ..Slip Gaji / Payroll Slip
[Reply]
I really really need oneeeee……
[Reply]
tak silap i, benda ni dh wujud since last year. kn? cartridges tu yg mahal tu :p
arieza´s last blog ..::: >>> The Male & Female Brains
[Reply]
Can give out for present
[Reply]
sungguh-sungguh ke rokok ni tak kasi kesan efek.ape yang saya dengar die akan menyebabkan kite cepat mandul..tak tau la betul ke tak..
CERITAKU..´s last blog ..2012
[Reply]
salam,
Baru jap tadi member saya dok tayang rokok elektronik dia. So saya pun terus cari review pasal rokok elektronik. Terjumpa lah web ini.
Ramai rakan-rakan di atas berasa sangsi adakah perokok akan merasa feel ?
Saya tak pernah hisap rokok tapi sepengetahuan saya, perokok tegar ni biasanya cerewet. Even nak nyalakan pakai batang mancis atau lighter pun berkira.
Tapi tengok member saya hisap rokok elektronik ni mcm bahagia je…hehehehe
[Reply]
bukan nk kate la, roko ni mmg layan esp ble abes makan… perg nikmat.. tp alhamdulillah dh 5 bulan sy stop… ade gk dgr psl rokok ni, siap ade lampu lg time hisap… tp kepade org2 yg nk berenti, semua tu ada kt kepala… klu niat, azam dan nekad, mesti bole…
tedrichie´s last blog ..Adsense Tips Volume 2: CHOOSE
[Reply]
Wahh… saudara tedrichie dah ada pengalaman yer? leh la kongsi ngan kawan2 kat sini…ramai gak nak tahu feel dia macam mana…
[Reply]
Leave Comments