Salam semua..

Fuuhh..sekarang nie makin menjadi-jadi. Sebelum ini isu posting, la nie pulak isu pengajian sekolah rendah. Terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi membuat kenyataan IPTA tidak patut tawar pengajian guru sekolah rendah.

Apabila baca je tajuk tu, dah tahu dah IPTA mana yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan UPSI kan? Kalau IPTA lain yang turut sama menawarkan pendidikan untuk sekolah rendah, itu saya tak pasti..Waallahualam..

Cuma setakat nie, memang saya dah agak mereka akan menggunakan point ini sebagai pertahanan kepada anak mereka. Siapa anak mereka tu? Siapa lagi kalau bukan IPG. Anak kandung KPM yang dibelai-belai selalu. Ye lah, sape nak pandang UPSI? Dah la anak KPT, nak dianak tirikan dengan bapak KPM. Mengapa sih? ( cakap indon la pulak ). Kalau Universiti anda ada juga menawarkan pendidikan, baik ambil tahu hal ini. Korang tu anak KPT, bukan KPM tau. Kita nie bapak sama, mak lain-lain. Pastu kena hantar kat bapak yang lain. Silap sikit, mula la melenting bapak baru nie. Kata tak ada preparation la, tak berkualiti la. Macam-macam.. Ye la, anak mereka selalu ada praktikal. Macam-macam persediaan yang dia orang bagi.

Ok..sambung tentang isu tadi. Antara kursus untuk pendidikan sekolah rendah yang ditawarkan di UPSI nie adalah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Dulu pernah timbul isu ini dimana 1st batch mereka risau takut-takut tak dapat nak posting. Siap buat perjumpaan beramai-ramai di SITC bersama dengan pihak UPSI bagi mendapatkan kepastian berkaitan khabar angin tersebut. Tak ketinggalan juga senior saya ( sama-sama belajar silat ) antara orang kuat yang lantang berkata-kata mempertahankan kursus mereka. Tapi alhamdulillah..sejak 1st Batch dah dapat posting, isu nie senyap sebentar. Dengar kata, majoriti daripada mereka dipostingkan ke Sabah dan Sarawak. Tu dia..Jauh tu..

Mungkin bagi anda merasakan ianya memang tidak patut. Mengapa UPSI ada kursus untuk pendidikan sekolah rendah sedangkan IPG dah confirm mengajar di sekolah rendah? Ya betul.. sekali pandang, memang tak patut UPSI nie. Tapi tunggu dulu.. belum habis cerita lagi nie. Mungkin antara anda yang tahu..mungkin tidak. Pengambilan pelajar di UPSI adalah dengan kerjasama antara UPSI dan KPM. Mereka nie memang akan merancang berapa ramai produk guru yang mereka nak untuk 4 tahun akan datang. Sejak bila mereka nie berbincang, itu saya tak tahu. Sebabnya, saya cuba kaitkan dengan isu posting sebelum nie. Baru-baru nie saya berjumpa dengan Nazir di Negeri Sembilan. Beliau sendiri mengatakan bahawa isu nie timbul kerana dulu depa nie tak berbincang untuk pengambilan pelajar pendidikan. Sebab tu la heboh kata siswazah pendidikan berlebihan. Itu yang susah nak dapat posting. La nie tak tahu bila masa dia orang berbincang, dan sepatutnya tidak wujud lagi lebihan siswazah kerana mereka sudah merancang berapa ramai guru nak dipakai 4 tahun akan datang. Mungkin salah satu sebabnya isu ini kerana sekarang nie dah ada Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

So, Anak Kandung Suluh Budiman.. Di mana kalian? Nak biarkan mereka terus menerus menyalahkan kita dalam isu pendidikan nie? Itu saya belum sentuh lagi isu KPLI dan DPLI kat UPSI nie. Tapi dengar citer UPSI dah tak ambil mereka. Hanya IPG yang mengambil KPLI untuk tahun nie.. Kalau IPTA lain.. Wallahualam.. Saya belum ada bukti kukuh tentang isu KPLI dan DPLI nie.

ok.. Sebelum saya tutup cerita panas nie, dari pemerhatian awal saya, saya tengok macam ada yang tak ngam antara Timbalan Menteri Pelajaran dengan UPSI. Betul tak? Tak sampai sebulan dah timbul 2 isu yang berbangkit. Hohoho.. Jangan ada dendam sudah la. Masing-masing tak senang duduk. Apa-apa pun, kita tunggu lah apa kata “orang kuat” dari UPSI.

No related posts.